3 Oct 2012

Bahasa Melayu Jiwa Bangsaku! (Situasi 8)

Bismilahirahmanirahim...

Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian....

Hari ini saya ini igin berkongsi cerita tentang penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bukan Melayu. Khususnya mereka yang bukan warganegara Malaysia seperti Kemboja, Pakistan, Bangladesh dan kaum-kaum lain yang sewaktu dengannya. Kita sedia maklum Malaysia sememangya kaya dengan pelbagai industri dan negara kita juga menjadi lubuk untuk mencari rezeki bagi warga asing seperti Indonesia , Bangladesh dan ramai lagi.

    Bagi membolehkan kelangsungan hidup warga asing ini di Malaysia, mereka perlulah menguasai serba sedikit Bahasa Melayu. Tetapi kadang-kala kita pula yang terikut-ikut lenggok bahasa mereka menuturkan bahasa Melayu menyebabkan bahasa Melayu tidak dapat dikuasai oleh mereka dengan baik. Saya pernah bekerja di sebuah kedai runcit pada cuti semester yang lalu, dan saya dapati kesukaran berlaku apabila mereka tidak memahami sepatah pun perkataan bahasa Melayu. Apa-apa barang yang hendak dibeli perlu disebutkan sehingga lima atau keenam kali barulah saya memahaminya. 


    Contohnya pernah seorang pekerja Indonesia ingin membeli ''air batu'' atau ''ais''. Dia tidak menyebutnya ais tetapi menggunakan dialek Melayu Indonesianya iaitu "es". Saya dan pekerja di kedai runcit tersebut tidak dapat menterjemah permintaan tersebut sehinggalah pembeli tersebut pergi sendiri ke tempat menyimpan air batu dan menunjukkannya kepada kami. Satu contoh lagi, beberapa hari yang lepas, saya ada membeli kasut yang penjualnya berasal dari Kemboja di Kuala Lumpur. Pada pandangan saya dia mungkin sudah menetap beberapa tahun di Malaysia kerana bahasa Melayunya lebih baik berbanding warga asing yang baru sahaja berjinak-jinak mencari rezeki di Malaysia. Menjadi satu kelaziman penjual akan memuji-muji barang jualannya bagi melariskan jualan. Apa yang menjadi mencetuskan tawa pada saya ialah konteks ayat yang digunakan tunggang terbalik yang tidak mengikut susunan tatabahasa yang betul.

Peniaga       : "Belilah ini kasut. Kasut ini banyak cantik. Kasut ini suka saya".
Saya           :" Kasut ini suka sama kamu?"hahaha

Mungkin ayat yang ingin diungkapkan oleh peniaga itu adalah dia sangat menyukai kasut itu. Bahasa Melayu sebenarnya tidaklah begitu sukar untuk dikuasai. Buktinya setelah beberapa tahun mereka menetap di Malaysia, mereka sudah dapat menguasai bahasa Melayu walaupu tidak 100 peratus. Perkataan yang digunakan juga disebut dengan lenggok lidah mereka yang pelat.

SEKIAN...

2 Oct 2012

Malaysiaku prihatin! (Situasi 7)

Bismilahirahmanirahim...

Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian...

Malaysia oh tanah airku... tanah tempat tumpah  darahku... negeri elok amat ku cinta.. kan ku puja sepanjang masa... tiba-tiba terasa semangat patriotik membara pula apabila menyanyikan bait-bait lagu ini.

     Malaysia tempat saya dilahirkan. Apa yang saya banggakan tentang Malaysia? Malaysia kaya... kaya dengan pelbagai kaum.. kaya dengan budaya..kaya dengan makanan...kaya dengan ragamnya... Malaysia juga kaya dengan sumber alamnya... Masih banyak lagi kekayaan yang dimiliki Malaysia yang tak dapat saya senaraikan sepenuhnya di sini...

      Bercerita tentang Malaysia tidak akan cukup satu buku. Mungkin perlu diulang cetak penebitan buku tentang Malaysia kerana masih terlalu banyak yang belum saya terokai tentang Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara aman yang ditadbir menerusi sistem demokrasi. Perkongsian pelbagai kaum di Malaysia membuktikan Malaysia mampu untuk bersatu walaupun dihuni oleh pelbagai kaum yang berbeza. 



Malaysiaku...


    Hubungan akrab antara pelbagai kaum di Malaysia sememangnya dapat saya rasakan.Sebagai contoh baru-baru ini berlaku insiden menarik semasa saya dan rakan-rakan hendak melintas jalan. Ceritanya bermula ketika saya dan dua orang rakan hendak melintas jalan. Saya dan salah seorang rakan telah berjaya melintas jalan. Malangnya salah seorang lagi rakan saya sedang leka memerhatikan gelagat seseorang dari kejauhan menyebabkan dia masih tidak melintas. Akibatnya dia terburu-buru hendak mengejar kami di seberang jalan tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu-lalang. Tanpa di sedari sebuah bas datang dari arah kanan jalan. Ternyata umur rakan saya masih panjang apabila seorang gadis berbangsa Cina pantas menarik rakan saya daripada terus melintas jalan. Hal ini mencerminkan sikap masyarakat Malaysia yang tidak mementingkan diri. Saya juga bersyukur kerana rakan saya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Mulai hari itu saya sentiasa berpimpin tangan dengan rakan saya semasa melintas jalan bagi mengelakkan situasi yang sama berulang lagi.



Koleksi peribadi bersama rakan yang berlainan bangsa.

      Apa yang saya ingin kongsikan daripada cerita saya ini adalah nilai murni yang menjadi pegangan rakyat Malaysia. Walaupun kita berbeza bangsa namun kita adalah satu Malaysia. Walaupun kadangkala wujud ketidaksefahaman antara kita yang berlainan kaum, namun semua itu diketepikan demi mempertahankan negara Malaysia.



SEKIAN...

      


1 Oct 2012

Puduraya oh puduraya! ( Situasi 6)

Bismilahhirahmanirahim...

Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian....

Puduraya? tentu ramai yang tahu di mana terletaknya Puduraya. Kalau tak tak tahu juga di mana Puduraya silalah kemukakan pertanyaan anda kepada Encik Google. Tetapi biarlah saya kongsikan sedikit pengetahuan tentang Puduraya yang saya tahu iaitu:
  • Puduraya merupakan pusat tumpuan bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan awam iaitu bas  menghala ke arah utara semenanjung. Contohnya ke negeri Perak, Kedah, Perlis , Kelantan dan Pulau Pinang.
  • Puduraya adalah antara dua buah pusat perhentian bas terbesar di Malaysia. Satu lagi perhentian bas yang terbesar di Malaysia ialah Terminal Bersepadu Selatan atau lebih dikenali dengan TBS. Di TBS perkhidmatan bas hanya ditawarkan ke lokasi selatan semenanjung tanah air iaitu ke negeri Johor dan Melaka.
  • Perkhidmatan LRT yang terdekat dikawasan ini ialah Plaza Rakyat.
  • Puduraya kini telah dinaiktaraf sebagai Urban Transformation Centre (UTC) ataupun dalam bahasa ibunda yang tercinta kita gelarkan sebagai Pusat Transformasi Bandar.


        Bila dikatakan sebagai pusat tumpuan, maka banyaklah situasi yang dapat saya perhatikan disini. Bermulanya  semasa pembelian tiket sehinggalah perjalanan saya bermula di Puduraya. Pembelian tiket bas dilakukan di tingkat tiga bangunan Puduraya. Sepanjang perjalanan menuju ke tingkat tiga, pembantu penjual tiket sibuk bertanya itu dan ini kepada walaupun saya acuh tidak acuh melayannya. Bukan saya sombong tapi takut terbeli tiket daripada sang ulat tiket. Maklumlah tiket yang sudah dibeli tidak boleh dipulangkan semula. Menyesal tak sudah jawabnya kalau tersilap membeli tiket.

       Tiba ditingkat tiga, lebih ramai pembantu penjual tiket mempromosikan tiket mereka. Bersungguh-sungguh mereka bertanya destinasi perjalanan saya. Bukan saya sahaja yang menghadapi situasi ini tetapi juga semua penngguna yang yang ingin membeli tiket bas. Pada pendapat saya mereka ini dibayar untuk membantu melariskan penjualan tiket syarikat bas yang mereka wakili. Strategi bijak bagi memastikan pengguna memilih perkhidmatan syraikat bas mereka.Bagi pengguna yang baru berjinak-jinak mengenali Puduraya, promosi seperti ini membantu mereka untuk memudahkan pemilihan bas bagi  perjalanan ke destinasi pilihan mereka.Bagi pengguna yang sudah terbiasa seperti saya, saya terus sahaja menuju ke kaunter tiket yang sudah biasa saya langgani.

     Suasana di Puduraya meriah dengan kehadiran ramai orang. Kesibukkan bukan sahaja di kaunter tiket, tetapi juga berlaku di kedai-kedai yang menawarkan perkhidmatan seperti penjualan makanan seperti buah-buahan dan makanan ringan. Tingkah sang penjual yang tidak jemu-jemu mempromosikan barang dagangan mereka kepada pembeli yang menghampiri gerai mereka mencerminkan budaya masyarakat Malaysia yang memiliki daya saing dalam perniagaan. Walaupun barang yang sama boleh didapati dalam gerai yang berlainan, namun pembeli perlu bijak untuk memilih harga yang berpatutan.

     Berada di Puduraya membolehkan kita untuk berada dalam situasi masyarakat yang pelbagai. Pelbagai ragam dan tingkahlaku masayarakat yang berlainan dapat saya perhatikan. Pengalaman seperti ini berguna dan tidak mudah diperolehi.

SEKIAN...