28 Sept 2012

Kelas Hoki (Situasi 5)


Bismillahirahmanirahim…

Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian.. 

Hari jumaat merupakan hari menjaga kesihatan untuk saya kerana pada hari ini saya diwajibkan untuk menghadiri kelas hoki. .Sememangnya penat namun saya berasa seronok kerana kursus seperti ini membolehkan saya untuk bercampur dengan pelajar lain yang berlainan kursus dan menambah pengetahuan saya.


Permainan hoki yang yang saya sertai ialah hoki dewan yang lebih bersifat tertutup jika dibandingkan dengan hoki padang. Dalam sukan hoki, wujud penggunaan istilah yang khusus untuk menerangkan sesuatu keadaan dalam permainan. Sebagai contoh istilah “faul” yang memberi maksud kegagalan pemain untuk menerima hantaran bola. Selain itu istilah “stick” yang merujuk kepada kayu hoki yang digunakan pemain, dan “penalty” yang merujuk kepada denda atau hukuman yang dikenakan ke atas pemain yang melakukan kesalahan dalam permainan.

Berdasarkan pengamatan saya istilah yang digunakan hampir sama dalam pelbagai jenis permainan sukan cuma yang membezakan ialah konsep yang berbeza dalam permainan tertentu. Istilah-istilah ini sememangnya wujud dan digunakan dalam laras bahasa sukan.

SEKIAN...

27 Sept 2012

Belajar ilmu baru (Situasi 4)


Bismillahirahmanirahim…

Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian.. 

Hampir tiga tahun yang lalu saya menjejakan kaki untuk pertama kalinya di bumi Tanjung Malim. Peluang untuk menyambung pelajaran saya disini merupakan suatu rahmat yang sangat saya syukuri. Di sini saya banyak terdedah dengan dialek-dialek negeri yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini.

Antara pengalaman yang paling menarik ialah apabila saya ditempatkan sebilik dengan sahabat yang berasal dari bumi Kelantan ataupun lebih dikenali dengan nama negeri Cik Siti Wan Kembang. Dialek Kelantan yang diungkapkan oleh sahabat saya ini memang pada mulanya amat memeningkan kepala saya, namun sedikit demi sedikit saya mula memahaminya. Malahan dialek Kelantan turut menggunakan istilah-istilah yang berbeza dengan saya yang berasal dari Johor. Contohnya sahabat saya merujuk kepada “gula-gula” apabila menyebutkan cokelat, “saing(di eja Saem)” merujuk kepada kawan dan “pauh” merujuk kepada “mangga”.

Pelbagai istilah lain yang saya turut pelajari daripada rakan-rakan saya yang berlainan negeri. Perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak menambah pengetahuan saya yang cetek dalam bidang bahasa. Namun apa yang dapat saya simpulkan tidak banyak istilah yang berbeza, cume mungkin cara penyebutan yang berlainan. Contohnya sahabat dari negeri Kedah menyebut perkataan yang mempunyai huruf “A” sama dengan apa yang ditulis. Sahabat dari Terengganu pula menambah imbuhan “-ng” dalam kebanyakkan perkataan yang disebutkan.

Kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu menunujukkan keunikkan sifat bahasa Melayu yang bervariasi. Walaupun wujud pelbagai jenis dialek, namun bahasa standard yang lazim difahami dan digunakan ialah dialek Johor-Riau iaitu bahasa Melayu baku.

SEKIAN...

26 Sept 2012

Budaya Kaunter (Situasi 3)


Bismilahirahmannirahim...


Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian...


      Budaya kaunter. Suatu isu yang menarik ingin saya bahaskan pada hari ini mengenai budaya kaunter. Pada pemerhatian saya budaya sopan-santun di kaunter kelihatan semakin terhakis dalam kalangan perkerja yang berkhidmat di bahagian kaunter. Buktinya baru-baru ini saya ada membuat sedikit urusan di bilik fakulti. Seperti biasa mahasiswi seperti saya akan menunggu giliran untuk mengemukakan sebarang pertanyaan. Namun apa yang saya kesalkan setelah beberapa minit menunggu , petugas kaunter tersebut datang dalam keadaan tergesa-gesa dan segera menutup pintu bilik tersebut tanpa sempat saya melontarkan pertanyaan. Apabila saya hendak membuka bilik tersebut, segera petugas tersebut mengunci pintu. Saya menunggu beberapa minit lagi namun kesudahannya tetap sama. Pintu masih dikunci dan saya masih belum berpeluang menyelesaikan urusan saya. Kesudahannya saya mengambil keputusan untuk beredar sahaja.


   Situasi ini bukanlah pertama kali berlaku, tetapi sudah kerap kali berlaku. Saya juga pernah melihat situasi yang sama berlaku di pejabat pos. Seorang petugas wanita meninggikan suaranya kepada seorang wanita yang didapati tidak melengkapkan borang pemohonannya. Wanita yang menjadi mangsa adalah seorang wanita yang telah lanjut usianya dan mungkin kerana faktor tersebut, beliau sedikit tidak peka.