Definisi


Definisi

Sosiolinguistik merupakan gabungan antara bidang sosial dan linguistik. Ilmu sosiolinguistik secara khususnya membincangkan tentang bahasa, pemikiran dan kebudayaan masyarakat. Antara perkara-perkara yang dirangkumkan dalam sosiolinguistik yang dapat saya kongsikan di blog ini ialah:
  • Dialektologi
  • Etnografi komunikasi
  • Bahasa merentas budaya
  • Sosiologi bahasa
  • Multiliguisme
  • Psikologi bahasa
  • Bahasa dan pemikiran dalam tindakan.

Sebelum istilah SOSIOLINGUISTIK menjadi istilah khusus yang membahaskan tentang bahasa dan masyarakat ianya turut menggunakan istilah-istilah lain seperti:
  • Linguistik antropologi
  • Bahasa dalam kebudayaan
  • Bahasa dan masyarakat
  • Bahasa dan kebudayaan

Istilah sosiolinguistik mula popular setelah diperkenalkan oleh seorang tokoh di Amerika Syarikat yang bernama Currie (1952) yang menggunakan istilah ini dalam buku terbitan beliau. Menurut beliau sosiolinguistik merujuk kepada perilaku berbahasa dengan struktur sosial .

No comments:

Post a Comment