5 Oct 2012

Populariti. (Situasi 10)

Bismilahirahmanirahim....

Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian...

Hari ini saya ingin bertanya soalan cepumas kepada anda pembaca blog sekalian..
  1. Anda mempunyai akaun mukabuku (facebook) ?
  2. Berapa ramai rakan yang anda miliki dalam akaun tersebut?
  3. Berapa ramai yang menegur anda dalam ruangan sembang setiap kali anda berada dalam talian?
  4. Berapa ramai yang suka dan komen dengan perkara terbaru yang anda hebahkan dalam akaun mukabuku tersebut?
Sekarang jawab pula soalan berikut:

  1. Berapa ramai rakan yang anda kenali di akaun mukabuku tersebut anda kenali secara realiti?
  2. Berapa ramai yang rakan dalam akaun mukabuku tersebut yang boleh menegur sapa anda dengan ramah dan mesranya di dunia relaiti?
  3. Berapa ramai rakan dalam akaun mukabuku anda yang boleh duduk bersembang dengan anda dalam dunia realiti berjam-jam lamanya sama seperti yang kita lakukan dalam dunia sembang di alam maya?
       Jawapannya? Anda fikirkan sendiri. Kadangkala kita mampu untuk besembang panjang dengan seseorang yang baru kita kenali. mampu bergelak ketawa dan berbalas-balas sembang dalam dunia maya padahal dalam dunia realitinya hendak tersenyum pun jauh sekali! Di dunia maya kite bermesra seolah-olah telah lama berkenalan, namun realitinya dalam dunia sebenar, pandang pun tak sudi, menjeling apatah lagi!


    Malah dalam dunia maya juga populariti sangat disukai dan menjadi kegilaan. Buktinya? Masukkan sahaja gambar seorang wanita yang berpakaian cantik mahupun seksi, berduyunlah komen dan butang suka ditekan. Maka kembanglah hati pemiliknya. Naikkan sahaja petikan kata-kata yang menarik perhatian sudah tentu ramai yang akan suka dan memberi pelbagai komen.

Pujian dan kritikan...


Naikkan sahaja gambar menarik. Inilah hasilnya...





  Namun tanpa kita sedari kadangkala hal ini boleh mendatangkan kesan negatif. Eksploitasi gambar dengan mudahnya boleh berlaku. Malahan perkara-perkara tidak baik dan negatif juga boleh disebarkan dengan menggunakan gambar yang ditayangkan untuk tatapan umum.


Contoh negatif laman mukabuku (facebook)





Dalam dunia maya cukup sukar untuk kita membezakan yang mana jujur mahupun penipuan. Malahan seseorang tidak dapat dinilai dengan baik melalui apa yang dipaparkan dalam dunia maya. Kesimpulannya,
jangan mudah percaya pada dunia maya!

SEKIAN...



4 Oct 2012

Kita Dan Telefon Bimbit. (Situasi 9)

Bismilahirahmanirahim...

Selamat sejahtera kepada pembaca blog sekalian...

     Telefon oh telefon... Arus globalisasi yang kian melanda dunia kini mencetuskan revolusi penggunaan telefon bimbit. Jika dulu kita mungkin menganggap telefon bimbit bukanlah satu keperluan utama namun kini terasa aneh jika masih ada yang masih tidak memiliknya. Telefon bimbit kini bukan sekadar untuk menghubungkan antara dua manusia, tetapi juga untuk pelbagai aplikasi lain seperti perkhidmatan internet, bermain permainan Java, dan pelbagai lagi. Penciptaan pelbagai model baru telefon bimbit yang kelihatan lebih berinovasi menjadi kegilaan pada masa kini.




Pelbagai jenis telefon bimbit ada dalam pasaran.

   Namun adakah kita sedar telefon bimbit menjadi jurang pemisah antara kita?. Contohnya apabila kita berada dalam situasi sesuatu majlis. Kita hanya mengenali dua atau tiga orang tetamu. Tetamu yang kita kenali itu pula sibuk bersembang dengan tetamu lain yang tidak kita kenali. Reaksi automatik kita?:
  1. Capai telefon bimbit.
  2. Berpura-pura sibuk dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada sesiapa sahaja dengan mengatakan majlis tersebut bosan dan mengharapkan mereka sudi menemani anda.
  3. Berpura-pura sedang menghantar  sistem pesanan ringkas (SMS) padahal anda sedang bermain aplikasi yang terdapat dalam telefon bimbit.
  4. Melayari internet (jika ada perkhidamatan jalur lebar ditempat itu)
Apa yang jelas kita akan lebih memilih untuk bersendiri bersama telefon bimbit berbanding dengan beramah mesra dengan para tetamu yang tidak kita kenali.


    Nilai seperti ini bukan sahaja diamalkan dalam majlis, malah juga ketika bertandang ke rumah saudara-mara. Tidak terfikirkah kita bagaimanalah situasi saudara tidak mengenali saudara sendiri wujud ?, punca utamanya apabila setiap kali bertandang ke rumah saudara kita , kita ralit dengan telefon bimbit kita tanpa menghiraukan dunia persaudaraan kita. Kita lebih memilih beramah mesra dengan telefon bimbit yang setiap hari kita genggam berbanding beramah mesra dengan saudara jauh yang setahun sekali sahaja kita berjumpa. Inilah sikap masyarakat kita yang semakin luntur dengan sikap ramah mesranya.

   Saya juga tidak terkecuali mengalami situasi seperti ini. Kadangkala rasa seperti bercakap dengan patung pula apabila keluar makan dengan seorang teman yang tidak dapat berpisah dengan telefon bimbitnya. Malah  diri terasa seperti pita rakaman pula apabila tumpuan tidak diberikan terhadap isi perbualan kita dan kita terpaksa mengulang dua tiga kali cerita yang sama bagi menjaga hatinya . Saya juga berasa sukar untuk menjalinkan perhubungan dengan seseorang yang baru saya kenali apabila dia terlalu asyik dengan telefon bimbitnya.



Gambar hiasan, seseorang yang terlalu asyik dengan telefon bimbitnya.


   Kesimpulannya, tidak salah kita mengikuti perkembangan telefon bimbit, namun ada ketikanya kita juga perlu menjaga adab dengan manusia. Telefon bimbit boleh dibuang tetapi sahabat handai dan saudara mara sukar dicari ganti. 

SEKIAN...

3 Oct 2012

Bahasa Melayu Jiwa Bangsaku! (Situasi 8)

Bismilahirahmanirahim...

Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian....

Hari ini saya ini igin berkongsi cerita tentang penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bukan Melayu. Khususnya mereka yang bukan warganegara Malaysia seperti Kemboja, Pakistan, Bangladesh dan kaum-kaum lain yang sewaktu dengannya. Kita sedia maklum Malaysia sememangya kaya dengan pelbagai industri dan negara kita juga menjadi lubuk untuk mencari rezeki bagi warga asing seperti Indonesia , Bangladesh dan ramai lagi.

    Bagi membolehkan kelangsungan hidup warga asing ini di Malaysia, mereka perlulah menguasai serba sedikit Bahasa Melayu. Tetapi kadang-kala kita pula yang terikut-ikut lenggok bahasa mereka menuturkan bahasa Melayu menyebabkan bahasa Melayu tidak dapat dikuasai oleh mereka dengan baik. Saya pernah bekerja di sebuah kedai runcit pada cuti semester yang lalu, dan saya dapati kesukaran berlaku apabila mereka tidak memahami sepatah pun perkataan bahasa Melayu. Apa-apa barang yang hendak dibeli perlu disebutkan sehingga lima atau keenam kali barulah saya memahaminya. 


    Contohnya pernah seorang pekerja Indonesia ingin membeli ''air batu'' atau ''ais''. Dia tidak menyebutnya ais tetapi menggunakan dialek Melayu Indonesianya iaitu "es". Saya dan pekerja di kedai runcit tersebut tidak dapat menterjemah permintaan tersebut sehinggalah pembeli tersebut pergi sendiri ke tempat menyimpan air batu dan menunjukkannya kepada kami. Satu contoh lagi, beberapa hari yang lepas, saya ada membeli kasut yang penjualnya berasal dari Kemboja di Kuala Lumpur. Pada pandangan saya dia mungkin sudah menetap beberapa tahun di Malaysia kerana bahasa Melayunya lebih baik berbanding warga asing yang baru sahaja berjinak-jinak mencari rezeki di Malaysia. Menjadi satu kelaziman penjual akan memuji-muji barang jualannya bagi melariskan jualan. Apa yang menjadi mencetuskan tawa pada saya ialah konteks ayat yang digunakan tunggang terbalik yang tidak mengikut susunan tatabahasa yang betul.

Peniaga       : "Belilah ini kasut. Kasut ini banyak cantik. Kasut ini suka saya".
Saya           :" Kasut ini suka sama kamu?"hahaha

Mungkin ayat yang ingin diungkapkan oleh peniaga itu adalah dia sangat menyukai kasut itu. Bahasa Melayu sebenarnya tidaklah begitu sukar untuk dikuasai. Buktinya setelah beberapa tahun mereka menetap di Malaysia, mereka sudah dapat menguasai bahasa Melayu walaupu tidak 100 peratus. Perkataan yang digunakan juga disebut dengan lenggok lidah mereka yang pelat.

SEKIAN...

2 Oct 2012

Malaysiaku prihatin! (Situasi 7)

Bismilahirahmanirahim...

Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian...

Malaysia oh tanah airku... tanah tempat tumpah  darahku... negeri elok amat ku cinta.. kan ku puja sepanjang masa... tiba-tiba terasa semangat patriotik membara pula apabila menyanyikan bait-bait lagu ini.

     Malaysia tempat saya dilahirkan. Apa yang saya banggakan tentang Malaysia? Malaysia kaya... kaya dengan pelbagai kaum.. kaya dengan budaya..kaya dengan makanan...kaya dengan ragamnya... Malaysia juga kaya dengan sumber alamnya... Masih banyak lagi kekayaan yang dimiliki Malaysia yang tak dapat saya senaraikan sepenuhnya di sini...

      Bercerita tentang Malaysia tidak akan cukup satu buku. Mungkin perlu diulang cetak penebitan buku tentang Malaysia kerana masih terlalu banyak yang belum saya terokai tentang Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara aman yang ditadbir menerusi sistem demokrasi. Perkongsian pelbagai kaum di Malaysia membuktikan Malaysia mampu untuk bersatu walaupun dihuni oleh pelbagai kaum yang berbeza. 



Malaysiaku...


    Hubungan akrab antara pelbagai kaum di Malaysia sememangnya dapat saya rasakan.Sebagai contoh baru-baru ini berlaku insiden menarik semasa saya dan rakan-rakan hendak melintas jalan. Ceritanya bermula ketika saya dan dua orang rakan hendak melintas jalan. Saya dan salah seorang rakan telah berjaya melintas jalan. Malangnya salah seorang lagi rakan saya sedang leka memerhatikan gelagat seseorang dari kejauhan menyebabkan dia masih tidak melintas. Akibatnya dia terburu-buru hendak mengejar kami di seberang jalan tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu-lalang. Tanpa di sedari sebuah bas datang dari arah kanan jalan. Ternyata umur rakan saya masih panjang apabila seorang gadis berbangsa Cina pantas menarik rakan saya daripada terus melintas jalan. Hal ini mencerminkan sikap masyarakat Malaysia yang tidak mementingkan diri. Saya juga bersyukur kerana rakan saya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Mulai hari itu saya sentiasa berpimpin tangan dengan rakan saya semasa melintas jalan bagi mengelakkan situasi yang sama berulang lagi.



Koleksi peribadi bersama rakan yang berlainan bangsa.

      Apa yang saya ingin kongsikan daripada cerita saya ini adalah nilai murni yang menjadi pegangan rakyat Malaysia. Walaupun kita berbeza bangsa namun kita adalah satu Malaysia. Walaupun kadangkala wujud ketidaksefahaman antara kita yang berlainan kaum, namun semua itu diketepikan demi mempertahankan negara Malaysia.



SEKIAN...

      


1 Oct 2012

Puduraya oh puduraya! ( Situasi 6)

Bismilahhirahmanirahim...

Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian....

Puduraya? tentu ramai yang tahu di mana terletaknya Puduraya. Kalau tak tak tahu juga di mana Puduraya silalah kemukakan pertanyaan anda kepada Encik Google. Tetapi biarlah saya kongsikan sedikit pengetahuan tentang Puduraya yang saya tahu iaitu:
  • Puduraya merupakan pusat tumpuan bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan awam iaitu bas  menghala ke arah utara semenanjung. Contohnya ke negeri Perak, Kedah, Perlis , Kelantan dan Pulau Pinang.
  • Puduraya adalah antara dua buah pusat perhentian bas terbesar di Malaysia. Satu lagi perhentian bas yang terbesar di Malaysia ialah Terminal Bersepadu Selatan atau lebih dikenali dengan TBS. Di TBS perkhidmatan bas hanya ditawarkan ke lokasi selatan semenanjung tanah air iaitu ke negeri Johor dan Melaka.
  • Perkhidmatan LRT yang terdekat dikawasan ini ialah Plaza Rakyat.
  • Puduraya kini telah dinaiktaraf sebagai Urban Transformation Centre (UTC) ataupun dalam bahasa ibunda yang tercinta kita gelarkan sebagai Pusat Transformasi Bandar.


        Bila dikatakan sebagai pusat tumpuan, maka banyaklah situasi yang dapat saya perhatikan disini. Bermulanya  semasa pembelian tiket sehinggalah perjalanan saya bermula di Puduraya. Pembelian tiket bas dilakukan di tingkat tiga bangunan Puduraya. Sepanjang perjalanan menuju ke tingkat tiga, pembantu penjual tiket sibuk bertanya itu dan ini kepada walaupun saya acuh tidak acuh melayannya. Bukan saya sombong tapi takut terbeli tiket daripada sang ulat tiket. Maklumlah tiket yang sudah dibeli tidak boleh dipulangkan semula. Menyesal tak sudah jawabnya kalau tersilap membeli tiket.

       Tiba ditingkat tiga, lebih ramai pembantu penjual tiket mempromosikan tiket mereka. Bersungguh-sungguh mereka bertanya destinasi perjalanan saya. Bukan saya sahaja yang menghadapi situasi ini tetapi juga semua penngguna yang yang ingin membeli tiket bas. Pada pendapat saya mereka ini dibayar untuk membantu melariskan penjualan tiket syarikat bas yang mereka wakili. Strategi bijak bagi memastikan pengguna memilih perkhidmatan syraikat bas mereka.Bagi pengguna yang baru berjinak-jinak mengenali Puduraya, promosi seperti ini membantu mereka untuk memudahkan pemilihan bas bagi  perjalanan ke destinasi pilihan mereka.Bagi pengguna yang sudah terbiasa seperti saya, saya terus sahaja menuju ke kaunter tiket yang sudah biasa saya langgani.

     Suasana di Puduraya meriah dengan kehadiran ramai orang. Kesibukkan bukan sahaja di kaunter tiket, tetapi juga berlaku di kedai-kedai yang menawarkan perkhidmatan seperti penjualan makanan seperti buah-buahan dan makanan ringan. Tingkah sang penjual yang tidak jemu-jemu mempromosikan barang dagangan mereka kepada pembeli yang menghampiri gerai mereka mencerminkan budaya masyarakat Malaysia yang memiliki daya saing dalam perniagaan. Walaupun barang yang sama boleh didapati dalam gerai yang berlainan, namun pembeli perlu bijak untuk memilih harga yang berpatutan.

     Berada di Puduraya membolehkan kita untuk berada dalam situasi masyarakat yang pelbagai. Pelbagai ragam dan tingkahlaku masayarakat yang berlainan dapat saya perhatikan. Pengalaman seperti ini berguna dan tidak mudah diperolehi.

SEKIAN...