2 Oct 2012

Malaysiaku prihatin! (Situasi 7)

Bismilahirahmanirahim...

Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian...

Malaysia oh tanah airku... tanah tempat tumpah  darahku... negeri elok amat ku cinta.. kan ku puja sepanjang masa... tiba-tiba terasa semangat patriotik membara pula apabila menyanyikan bait-bait lagu ini.

     Malaysia tempat saya dilahirkan. Apa yang saya banggakan tentang Malaysia? Malaysia kaya... kaya dengan pelbagai kaum.. kaya dengan budaya..kaya dengan makanan...kaya dengan ragamnya... Malaysia juga kaya dengan sumber alamnya... Masih banyak lagi kekayaan yang dimiliki Malaysia yang tak dapat saya senaraikan sepenuhnya di sini...

      Bercerita tentang Malaysia tidak akan cukup satu buku. Mungkin perlu diulang cetak penebitan buku tentang Malaysia kerana masih terlalu banyak yang belum saya terokai tentang Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara aman yang ditadbir menerusi sistem demokrasi. Perkongsian pelbagai kaum di Malaysia membuktikan Malaysia mampu untuk bersatu walaupun dihuni oleh pelbagai kaum yang berbeza. 



Malaysiaku...


    Hubungan akrab antara pelbagai kaum di Malaysia sememangnya dapat saya rasakan.Sebagai contoh baru-baru ini berlaku insiden menarik semasa saya dan rakan-rakan hendak melintas jalan. Ceritanya bermula ketika saya dan dua orang rakan hendak melintas jalan. Saya dan salah seorang rakan telah berjaya melintas jalan. Malangnya salah seorang lagi rakan saya sedang leka memerhatikan gelagat seseorang dari kejauhan menyebabkan dia masih tidak melintas. Akibatnya dia terburu-buru hendak mengejar kami di seberang jalan tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu-lalang. Tanpa di sedari sebuah bas datang dari arah kanan jalan. Ternyata umur rakan saya masih panjang apabila seorang gadis berbangsa Cina pantas menarik rakan saya daripada terus melintas jalan. Hal ini mencerminkan sikap masyarakat Malaysia yang tidak mementingkan diri. Saya juga bersyukur kerana rakan saya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Mulai hari itu saya sentiasa berpimpin tangan dengan rakan saya semasa melintas jalan bagi mengelakkan situasi yang sama berulang lagi.



Koleksi peribadi bersama rakan yang berlainan bangsa.

      Apa yang saya ingin kongsikan daripada cerita saya ini adalah nilai murni yang menjadi pegangan rakyat Malaysia. Walaupun kita berbeza bangsa namun kita adalah satu Malaysia. Walaupun kadangkala wujud ketidaksefahaman antara kita yang berlainan kaum, namun semua itu diketepikan demi mempertahankan negara Malaysia.



SEKIAN...

      


1 comment:

  1. Casino Promo Code - JTM Hub
    For a $5 No Deposit Bonus and up 남양주 출장마사지 to $600, you'll have an opportunity to play with free spins from the new 동두천 출장안마 game at 제주도 출장마사지 JTM's 안양 출장샵 casino. When you sign 김천 출장샵 up for a

    ReplyDelete