1 Oct 2012

Puduraya oh puduraya! ( Situasi 6)

Bismilahhirahmanirahim...

Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian....

Puduraya? tentu ramai yang tahu di mana terletaknya Puduraya. Kalau tak tak tahu juga di mana Puduraya silalah kemukakan pertanyaan anda kepada Encik Google. Tetapi biarlah saya kongsikan sedikit pengetahuan tentang Puduraya yang saya tahu iaitu:
  • Puduraya merupakan pusat tumpuan bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan awam iaitu bas  menghala ke arah utara semenanjung. Contohnya ke negeri Perak, Kedah, Perlis , Kelantan dan Pulau Pinang.
  • Puduraya adalah antara dua buah pusat perhentian bas terbesar di Malaysia. Satu lagi perhentian bas yang terbesar di Malaysia ialah Terminal Bersepadu Selatan atau lebih dikenali dengan TBS. Di TBS perkhidmatan bas hanya ditawarkan ke lokasi selatan semenanjung tanah air iaitu ke negeri Johor dan Melaka.
  • Perkhidmatan LRT yang terdekat dikawasan ini ialah Plaza Rakyat.
  • Puduraya kini telah dinaiktaraf sebagai Urban Transformation Centre (UTC) ataupun dalam bahasa ibunda yang tercinta kita gelarkan sebagai Pusat Transformasi Bandar.


        Bila dikatakan sebagai pusat tumpuan, maka banyaklah situasi yang dapat saya perhatikan disini. Bermulanya  semasa pembelian tiket sehinggalah perjalanan saya bermula di Puduraya. Pembelian tiket bas dilakukan di tingkat tiga bangunan Puduraya. Sepanjang perjalanan menuju ke tingkat tiga, pembantu penjual tiket sibuk bertanya itu dan ini kepada walaupun saya acuh tidak acuh melayannya. Bukan saya sombong tapi takut terbeli tiket daripada sang ulat tiket. Maklumlah tiket yang sudah dibeli tidak boleh dipulangkan semula. Menyesal tak sudah jawabnya kalau tersilap membeli tiket.

       Tiba ditingkat tiga, lebih ramai pembantu penjual tiket mempromosikan tiket mereka. Bersungguh-sungguh mereka bertanya destinasi perjalanan saya. Bukan saya sahaja yang menghadapi situasi ini tetapi juga semua penngguna yang yang ingin membeli tiket bas. Pada pendapat saya mereka ini dibayar untuk membantu melariskan penjualan tiket syarikat bas yang mereka wakili. Strategi bijak bagi memastikan pengguna memilih perkhidmatan syraikat bas mereka.Bagi pengguna yang baru berjinak-jinak mengenali Puduraya, promosi seperti ini membantu mereka untuk memudahkan pemilihan bas bagi  perjalanan ke destinasi pilihan mereka.Bagi pengguna yang sudah terbiasa seperti saya, saya terus sahaja menuju ke kaunter tiket yang sudah biasa saya langgani.

     Suasana di Puduraya meriah dengan kehadiran ramai orang. Kesibukkan bukan sahaja di kaunter tiket, tetapi juga berlaku di kedai-kedai yang menawarkan perkhidmatan seperti penjualan makanan seperti buah-buahan dan makanan ringan. Tingkah sang penjual yang tidak jemu-jemu mempromosikan barang dagangan mereka kepada pembeli yang menghampiri gerai mereka mencerminkan budaya masyarakat Malaysia yang memiliki daya saing dalam perniagaan. Walaupun barang yang sama boleh didapati dalam gerai yang berlainan, namun pembeli perlu bijak untuk memilih harga yang berpatutan.

     Berada di Puduraya membolehkan kita untuk berada dalam situasi masyarakat yang pelbagai. Pelbagai ragam dan tingkahlaku masayarakat yang berlainan dapat saya perhatikan. Pengalaman seperti ini berguna dan tidak mudah diperolehi.

SEKIAN...

No comments:

Post a Comment