25 Sept 2012

Cerita Lucu (Situasi 2)


Bismillahirahmanirahim…

Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian.. 

Hari ini saya tertarik untuk berkongsi sedikit pengalaman sepanjang berkawan dengan seorang pelajar yang berlainan kaum. Harap-harap apabila dia membaca coretan ini,ianya tidak menimbulkan kemarahan tetapi menerbitkan senyuman... 

     Tidak dapat saya nafikan sememangnya sukar untuk menguasai bahasa Melayu. Bahkan saya sendiri masih lemah dalam penguasaan bahasa Melayu. Kadang-kala kesalahan penyebutan perkataan mencetuskan gelak tawa antara kami. Sebagai contoh rakan saya ini sukar untuk menyebut huruf “z”. Nama saya “aziha” namun disebut sebagai “ajiha”. Rakan saya ini juga menghadapi masalah dalam penyebutan huruf “r”. Contohnya “lurus” disebut “lulus”.

     Kelemahan penyebutan huruf ini mungkin disebabkan oleh faktor bahasa ibunda rakan saya ini tidak banyak menggunakan huruf “r” dan “z”. Tetapi tidak dinafikan saya sendiri sukar untuk menyebutkan perkataan bahasa Cina yang menggunakan memiliki sebutan “q”. Menurut sahabat baik saya, orang Melayu sememangnya sukar untuk menyebut perkataan mandarin dengan tepat apabila ianya melibatkan penggunaan huruf “q”. Menyebutnya boleh, namun tidak tepat maknanya.

     Apa yang saya ingin rumuskan disini ialah, setiap bahasa mempunyai sifat dan keunikkan yang tersendiri. Kita seharusnya menghargai setiap kelebihan dan kekurangan yang dimiliki kerana kita berperanan melengkapi antara satu sama lain.

SEKIAN...

No comments:

Post a Comment