24 Sept 2012

Pencemaran bahasa !!! (Situasi 1)


Bismillahirahmanirahim…

Salam sejahtera buat pembaca blog sekalian.. 

Kata pepatah mengatakan bahasa jiwa bangsa. Namun sejak kebelakangan ini menurut pengamatan saya, bahasa Melayu kian dicemari dengan percampuran istilah-istilah yang tidak pernah wujud dalam kamus dewan. Perkara ini berlaku disebabkan pada pandangan mereka seolah-olah bahasa tersebut kelihatan menonjolkan ciri-ciri atau identiti mereka yang unik dan tersendiri. Sebagai contoh istilah yang kian digemari istilah “ew” yang disebut dalam sesuatu perkataan.


Asal
+ ew
Kita
Suka
bosannya
Kitew
Sukew
bosannyew







Jadual diatas hanyalah sebahagian daripada contoh-contoh penggunaannya. Penyebaran bahasa ini bertambah luas dengan penggunaan teknlogi maklumat melalui rangkaian sosial seperti laman muka buku. Bukanlah saya hendak menidakkan kebaikkan teknologi maklumat, namun sedikit sebanyak ianya membantu penyebaran istilah yang dianggap tidak sihat ini. Bukankah lebih elok sekiranya penggunaan bahasa Melayu standard yang kita gunakan sekarang kerana bahasa Melayu mencerminkan kesantunan orang Melayu itu sendiri. Contohnya pengungkapan bahasa Melayu dalam puisi sangat indah untuk dihayati. Bahasa Melayu memiliki banyak istilah yang indah-indah boleh digunakan jika kita rajin untuk menerokanya. Apa yang kita perlukan hanyalah sedikit kerajinan dan usaha yang berpanjangan.

SEKIAN…

No comments:

Post a Comment